~~

pusat kecantikkan blog anda

M@xxFiLE


--> m@xxCenA.

~ '' Komen dari anda, penghargaan untuk penulis '' ~

Friday, June 27, 2008

Pertandingan Hebat


Sape² yg berminat untuk menyertai boleh la daftar awal²...

Thursday, June 26, 2008

Kerja

Diaorang sanggup bekerja sebegini untuk mencari rezeki... Korang??

Monday, June 23, 2008

Doraemon ~


Aku jumpe gamba ni mase tengah usha² web... Memang comel, mungkin kucing ni la yg akan menjadi watak doraemon dalam filem live action doraemon satu hari nanti...~

Jawatan Kosong - Janda


Sesape yg berminat boleh la pergi interview.... ;))

Sunday, June 22, 2008

Ayam Istimewa




Bile aku belek balik dalam folder aku yg lama², aku tertarik dgn gambar ayam yg berkaki empat nih... Susah nk jumpa ayam macam ni.. Bile aku terpndang jee gamba ni terus aku upload utk kongsikan dgn korang...
Memang agak pelik ayam ni, namun bagi aku TIADA perkara yg MUSTAHIL kat dunia ni.. Tuhan itu MAHA BERKUASA.. ;))~

Virus Bha.dll.vbs

Pernah tak bile korang klik (double klik) kat drive korang tpi tak jadi pape? Korang hanya boleh bukak drive tu dengan cara klik kanan (pada mouse) pastu explore.. Benda ni terjadi sebab drive korang tu dah dijangkiti dengan virus bha.dll.vbs..
Untuk settle kan masalah ni, korang perlu download Flash Disinfector.. Dengan hanya double klik pada software tersebut, ia akan berfungsi sendiri untuk menhapuskan virus tersebut..

Download Flash Disinfector (klik sini)

Aku baca info ni kat blog AkuSape

Edit Gambar Menjadi Collage

Selain korang besusah-susah edit gamba korang menggunakan adobe photoshop, masih ade cara mudah untuk korang edit gamba menjadi collage.. Kini korang boleh edit gamba korang menjadi collage di web Hackneyizer ..
Aku dah mengantuk time aku tulis bnda nih..( dah pkul 4 pagi ).. Ape² hal pn selamat mencuba kpd korang!! ;))

info dari AkuSape

Chat Room Maxx

Masa aku tengah lepak² bace blog tadi aku tertarik dengan tutorial yg mengajar cara membuat chat room diri sendri!! Korang boleh cuba buat kat web ChatMaker ... Caranya begitu mudah dan cepat serta tidak perlu untuk mendaftar...
Bile dah siap chat room tu, korang boleh la bagi link chat room korang tu kat kawan² biler korang nk chat.. Info ni aku bace kat blog AkuSape .. Jadi kalau korang tak paham ape yg aku tulis, korang bace la kat blog AkuSape ... ;))

Ni chat room yg aku buat --> maxx-chat

Saturday, June 21, 2008

Dialog Cinta Zaman Sains dan Teknologi

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku.Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??           

Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!

Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.

Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?


Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?

Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!
Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10'23.

Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Mu: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Kusangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian........

Friday, June 20, 2008

Mengapa aku letih bekerja

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :

Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.
1.7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,
Universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal
diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan.
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll).
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini
berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...

Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...

Mana aku tak letih!!

Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2
Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak

Terkangkang

Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.

Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry" Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki" Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?

Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?

Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.

Orang Tua: Emm... bukan.

Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.

Orang Tua: ...pun bukan.

Pelajar A: Habis tu?

Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang......

www.maxxcena.tk

Before and After



SELEPAS





Thursday, June 19, 2008

BLoG Baru

Hari ini adalah tarikh pertama kali aku menulis blog...
Aku tidaklah begitu berminat untuk menulis, mengarang atau ape2 pn...
Aku sekadar nak berkongsi ape yang aku ade....
Harap² korang terhibur dgn blog aku...
:))~




www.maxxcena.tk